Wednesday 21 December 2011

Kenapa Mom 2 Moms??

Pertama, saya memang sangat teruja dengan barang2 breastfeeding dan maternity ni, mainly because saya memang pengguna. So, disebabkan dekat Kelantan ni boleh dikatakan masih sedikit lagi kedai-kedai yang macam ni, so saya memang terpanggil untuk bukak kedai kesayangan saya ni...

Kedua, masa saya ambil keputusan bukak kedai ni, saya masih tercari2 matlamat hidup saya. Ye la, masa tu br beberapa bulan pindah balik kampung. Dalam masa yang sama, rasa nk bina kehidupan sendiri (dh agak jemu dengan kerja lama). So, saya memang bertekad, saya MESTI buat sesuatu untuk kehidupan saya.

Ketiga, saya dh terbiasa dengan kerja yg fleksibel. Jadi, Mom 2 Moms adalah satu pilihan tepat ;-)

So, hidup saya sekarang, sangat santai. walaupun stress dgn beberapa perkara berkaitan dengan kerjaya baru saya ni, tapi ianya berbaloi untuk saya cari jalan penyelesaian kerana SAYA MEMANG SUKAKAN KERJA INI....

dan juga, SEMESTINYA UNTUK KEDUA-DUA PERMATA HATI SAYA NI....CAAAYANG ANAK UMI!!